Sabtu, 25 Julai 2009

umrah jun 09

ana sampai di jeddah pukul 7 waktu jeddah dan pukul 1 pagi waktu malaysia. bila dah keluar dari airport, ana naik bas untuk perjalanan ke madinah dalam masa 8 jam. tibanya di madinah pada puku 3 pagi ana berehat sambil menunggu masuknya waktu subuh pada pukul 4 pagi.


pada 7 pagi ana pergi ziarah dalaman yaitu ziarah di dalam atau di luar masjidil nabawi. selsai berziarah, ana berehat untuk menunggu waktu zohor. kesokkan harinya ana pergi ziarah luaran. ana pergi ziarah masjid quba' yang mana rasulullah dan para sahabatnya membuat masjid ketika sampai di madinah. ana pergi jabal uhud untuk menziarahi makam para syuhada'. ana pergi ziarah tempat perang khandak. ana pergi melontar di pasar tamar. dan akhir sekali ana balik ke hotel.

bila tibanya di mekah, ana menziarahi gua thur, jabal rahmah , jabal arafah, mina, muzdalifah dan akhir sekali di ja'ranah untuk memulakan miqat.

keesokan harinya, ana menziarahi perkuburan ma'la tempat makam siti khadijah dan pergi ke jeddah. bila tibanya di jeddah, ana pergi ke mall untuk membeli belah. ana pergi ziarah masjid qisas yaitu tempat menjatuhkan hukuman qisas atau pancung. ana pergi makam siti hawa istri nabi adam a.s. ana pergi masjid terapung dan ana balik ke tempat penginapan.

keesokan harinya, ana pergi ke hudaybiyah, ladang unta dan masjid hudaybiyah. ana pergi ke muzium. di masjidil haram ada juga tempat yang menarik sepeti di hajar aswad, makam ibrahim dan hijir ismail. diluar masjidil haram ada maulud nabi sekarang sudah menjadi maktabah. ana mendoa agar antum semua dapat pergi ke makkahtul mukarramah. insyaallah... rabbul alamin...
video kenanganku di tanah suci
http://www.youtube.com/watch?v=FqNZPSSv71c

0 ulasan: