Rabu, 25 November 2009

Salam Aidiladha Bagi Semua Umat Islam


http://www.youtube.com/watch?v=nOjngczn-JU


Seri kata nasheed ini:
Ya sadiqal aqwal ya Muhammad
Ya tahiral akhlaq ya Muhammad
Ya hadiyal akwan ya Muhammad
Ya taja ruslillah ya Muhammad
Ya khayra khalqillah, ya rasulallah

CHORUS:
Ya nabiyyallah, safiyyallah ya Muhammad
Ya waliyyallah, hafiyyallah ya Muhammad
Ya bashirallah, nadhirallah ya Muhammad
Ya habiballah, shafi’allah ya Muhammad
Ya khayra khalqillah, ya rasulallah

Ya badrat tamam
Nuradh dhalam
‘Aliyal maqam
Sayyidul kiram
Monqidhal anam
‘Alaykas salatu wassalam (repeat)

CHORUS:
Ya nabiyyallah, safiyyallah,
waliyyallah, Muhammad
Ya habiballah, khalilallah, nadhirallah, Muhammad
Ya khitamal anbiya’i ya rasulallah
Ya imamal atqiya’i ya rasulallah
Ya dawa’a kulli da’i ya rasulallah

Ya rabbal Mustafa
Bi jahil Mustafa
Ighfiridh dhunub, usturil ‘uyub,
ihdil qulub, likay tatub
Dha’ifi thawab, yamminil kitab,
ab’idil ‘athab, yawmal hisab

Ya rasuli, ya habibi, ya nabiyallah
Ya shafi’i, ya bashiri, ya safiyyallah
Ya rasulallah

Khamis, 19 November 2009

Jamuan Tahun 6

Hari ini penuh aktiviti untuk ana lakukan. Kat sekolah, mualim dan mualimah ada buat jamuan untuk tahun 6. Jamuannya sungguh meriah kerana meraikan tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah rendah. Jamuan tadi, ana makan nasi ayam dengan penuh enak dan lazat. Nasi ayam itu di sediakan oleh Lans Catering.
Hari itu, sekolah ada buat Ihtifal di Dewan Orang Ramai Rapat Setia (maklumlah di sekolah tidak ada dewan). Ana masuk persembahan tahun 6. Mualimah latih ana dan kawan ana buat tiga persembahan. Persembahan pertama buat lakonan dalam bahasa arab. Persembahan kedua buat nasyid dalam bahasa inggeris. Persembahan ketiga dalam bahasa melayu. nak tengok video pergi ke http://www.youtube.com/user/ukhuwahify
Ana sempat ambil gambar kawan2 dan mualimah kat sekolah al-hidayah..Sekolah Rendah Al -Hidayah
Selamat Datang Ke Kelas 6 yahya
Basyir Amin Dan Khairi
Farhan (Ketua Murid)
Mualimah Faridah(mentor aulad)
......?
Mualimah Rozana
(guru kelas)

Inilah kelas tahun 6 yahya

wasaLam

.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Sek. Ren. Al-Hidayah (SRAH)

alhamdulillah dapat juga sekolah walaupun dah akhir tahun. sejak akhir2 ni ana tidak belajar. ana tak pereksa K.T dan P.S. ana pergi sekolah macam biasa. sekolah tu mula pukul 7.30 pagi. ana sekarang dah tidak lambat bukan macam dulu. dulu ana rumah jauh. sekarang rumah ana dekat dengan sekolah.

ana pergi sekolah berlatih nasyid. untung betul ana. baru masuk sekolah dah jadi solo. setiap hari ana balik sekolah messti beli jus jambu. di johor takde jus jambu. buahnhya di hiris. airnya air jambu. letak asam boy pulak tu. peh sedapnye..
wASAlam

Sabtu, 3 Oktober 2009

Cuti2 Di Pulau Mutiara

pada hari itu, ana dan keluarga pergi ke pulau pinang. kami pergi ke pulau mutiara kerana ada majlis perkahwinan. kami bertolak dari bandar baharu dalam pukul 12 tengah hari. di dalam pertengahan jalan, mata ayah ana berat di buka. kami singgah di perhentian juru untuk bagi ayah ana tidur sebentar sambi menunggu pak tam kami sampai di perhentian juru. selepas sampainya pak tam kami di perhentian juru, kami terus pergi ke george town dengan menaiki jambatan yang telah di sediakan.

majlis walimatul urus berlansung di kompleks tabung haji, bayan lepas. ana terlupa nak bawa kamera semasa sampai di kompleks tabung haji. pada masa itu perut ana dah berbunyi. kompleksnya besar dan menaranya tinggi2. tempatnya cantik dan bersih. bila kami masuk dewan mutiara, kami terbau makanan yang enak2. tetapi ada yang menghalang ana. pada masa itu ana mula rasa nak buang air.

setelah majlis perkahwinan itu berlansung, kami terus pergi ke george town untuk makan angin. kami pergi ke sekolah menengah kebangsaan agama al mashoor, pulau pinang untuk melihat bagunannya yang cantik. sekolah al mashoor ialah bekas sekolah ayah ana. selain itu kami pergi ke jalan padang tembak. jalan itu ialah kubu british semasa british menakluki pulau pinang.
tibanya waktu asar, kami ternampak masjid yang cantik. kami terus pergi ke masjid itu. rupa2nya itu masjid negeri pulau pinang. masjid itu cantik. kalah masjid2 di johor berbanding masjid negeri pulau pinang. kubahnya cantik. menaranya tinggi. dalam masjid negeri ni lebih kurang cantiknya. di masjid negeri banyak kemudahan. pejabat petadbiran di sediakan di dalam masjid. kami sempat bergambar di dalam masjid.

selepas kami roda di george town, kami balik menggunakan feri yang telah di sediakan di jeti geoge town. feri ini akan pergi ke jeti di butterworth. ada beberapa kereta boleh muat di dalam feri. tandas pun ada di dalam feri. sekarang ni tiada berita feri karam. biasa bot dan sampan yang selalu karam.

baru nak masuk ke dalam feri

feri dari jeti butterworth

kereta di dalam feri

menara komtar di goegertown

pusat bandar george town


bandingan singapura dengan pulau pinang. singapura dan pulau pinang adalah sama tetapi ada satu yang kurang, sampah. sampah di pulau pinang lebih banyak daripada singapura. semoga kerajaan pulau pinang dapat kurangkan sampah agar negeri itu selesa di duduki oleh rakyat pulau pinang.

wasalam










bandar baharu kampungku

sejak berlalu bulan ramadhan,ana tinggal di rumah nenek ana di bandar baharu,kedah sementara untuk mendapat rumah sewa di ipoh,perak. di bandar baharu ramai kawan2.kadang2 ana juga pergi ke rumah sepupu. rumah nenek ana bukan seperti rumah papan,tetapi rumah teres di taman cahaya nilam.

di rumah,nenek ana tinggal sorang2. semenjak ana dan keluarga ana berada di bandar baharu, nenek ana tidak berasa sunyi. rumah nenek ana bersih dan tidak ada sawang di atas bumbung kerana bibik saya rajin membuat kerja. bibik sentiasa ada kerja.
nenek ana bernama hasiah binti abdul rahman. nenek ana seorang yang rajin membaca al quraan sehingga boleh menghafal surah yang selalu di baca. jadual harian nenek ana penuh dan tersusun. setiap hari, nenek saya pergi mengajar alquraan di kelas agama. nenek ana pergi menggunakan basikal. pada malam hari, nenek ana mengajar alquraan kepada budak di taman cahaya nilam.

basikal untuk bersenam di pagi hari atau petang

sibuknye asma....banyak ke kerja yang hendak di buat??

hari ni ramai orang ada masalah. semoga masalah itu dapat di selsaikan cepat.....

wasalam..

Sabtu, 25 Julai 2009

umrah jun 09

ana sampai di jeddah pukul 7 waktu jeddah dan pukul 1 pagi waktu malaysia. bila dah keluar dari airport, ana naik bas untuk perjalanan ke madinah dalam masa 8 jam. tibanya di madinah pada puku 3 pagi ana berehat sambil menunggu masuknya waktu subuh pada pukul 4 pagi.


pada 7 pagi ana pergi ziarah dalaman yaitu ziarah di dalam atau di luar masjidil nabawi. selsai berziarah, ana berehat untuk menunggu waktu zohor. kesokkan harinya ana pergi ziarah luaran. ana pergi ziarah masjid quba' yang mana rasulullah dan para sahabatnya membuat masjid ketika sampai di madinah. ana pergi jabal uhud untuk menziarahi makam para syuhada'. ana pergi ziarah tempat perang khandak. ana pergi melontar di pasar tamar. dan akhir sekali ana balik ke hotel.

bila tibanya di mekah, ana menziarahi gua thur, jabal rahmah , jabal arafah, mina, muzdalifah dan akhir sekali di ja'ranah untuk memulakan miqat.

keesokan harinya, ana menziarahi perkuburan ma'la tempat makam siti khadijah dan pergi ke jeddah. bila tibanya di jeddah, ana pergi ke mall untuk membeli belah. ana pergi ziarah masjid qisas yaitu tempat menjatuhkan hukuman qisas atau pancung. ana pergi makam siti hawa istri nabi adam a.s. ana pergi masjid terapung dan ana balik ke tempat penginapan.

keesokan harinya, ana pergi ke hudaybiyah, ladang unta dan masjid hudaybiyah. ana pergi ke muzium. di masjidil haram ada juga tempat yang menarik sepeti di hajar aswad, makam ibrahim dan hijir ismail. diluar masjidil haram ada maulud nabi sekarang sudah menjadi maktabah. ana mendoa agar antum semua dapat pergi ke makkahtul mukarramah. insyaallah... rabbul alamin...
video kenanganku di tanah suci
http://www.youtube.com/watch?v=FqNZPSSv71c