Sabtu, 3 Oktober 2009

Cuti2 Di Pulau Mutiara

pada hari itu, ana dan keluarga pergi ke pulau pinang. kami pergi ke pulau mutiara kerana ada majlis perkahwinan. kami bertolak dari bandar baharu dalam pukul 12 tengah hari. di dalam pertengahan jalan, mata ayah ana berat di buka. kami singgah di perhentian juru untuk bagi ayah ana tidur sebentar sambi menunggu pak tam kami sampai di perhentian juru. selepas sampainya pak tam kami di perhentian juru, kami terus pergi ke george town dengan menaiki jambatan yang telah di sediakan.

majlis walimatul urus berlansung di kompleks tabung haji, bayan lepas. ana terlupa nak bawa kamera semasa sampai di kompleks tabung haji. pada masa itu perut ana dah berbunyi. kompleksnya besar dan menaranya tinggi2. tempatnya cantik dan bersih. bila kami masuk dewan mutiara, kami terbau makanan yang enak2. tetapi ada yang menghalang ana. pada masa itu ana mula rasa nak buang air.

setelah majlis perkahwinan itu berlansung, kami terus pergi ke george town untuk makan angin. kami pergi ke sekolah menengah kebangsaan agama al mashoor, pulau pinang untuk melihat bagunannya yang cantik. sekolah al mashoor ialah bekas sekolah ayah ana. selain itu kami pergi ke jalan padang tembak. jalan itu ialah kubu british semasa british menakluki pulau pinang.
tibanya waktu asar, kami ternampak masjid yang cantik. kami terus pergi ke masjid itu. rupa2nya itu masjid negeri pulau pinang. masjid itu cantik. kalah masjid2 di johor berbanding masjid negeri pulau pinang. kubahnya cantik. menaranya tinggi. dalam masjid negeri ni lebih kurang cantiknya. di masjid negeri banyak kemudahan. pejabat petadbiran di sediakan di dalam masjid. kami sempat bergambar di dalam masjid.

selepas kami roda di george town, kami balik menggunakan feri yang telah di sediakan di jeti geoge town. feri ini akan pergi ke jeti di butterworth. ada beberapa kereta boleh muat di dalam feri. tandas pun ada di dalam feri. sekarang ni tiada berita feri karam. biasa bot dan sampan yang selalu karam.

baru nak masuk ke dalam feri

feri dari jeti butterworth

kereta di dalam feri

menara komtar di goegertown

pusat bandar george town


bandingan singapura dengan pulau pinang. singapura dan pulau pinang adalah sama tetapi ada satu yang kurang, sampah. sampah di pulau pinang lebih banyak daripada singapura. semoga kerajaan pulau pinang dapat kurangkan sampah agar negeri itu selesa di duduki oleh rakyat pulau pinang.

wasalam










0 ulasan: